Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)

November 10, 2009

Jangan ‘rogol & liwat’ Demokrasi Kampus


Proses Demokrasi sudah sinonim dengan jiwa rakyat Malaysia dan pendekatan inilah yang digunapakai oleh Universiti di seluruh negara untuk memilih pemimpin-pemimpin di peringkat kampus. Sistem inilah yang digunapakai sejak dahulu lagi. Tetapi, mutakhir ini, pentadbiran Universiti mula mengubah cara dan pendekatan atau methodologi sistem demokrasi di peringkat kampus dengan perlaksanaan Sistem E-Voting.

Apa Itu E-Voting???

Sedikit pengenalan tentang sisitem E-undi iaitu sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi elektronik sebagai alternatif kepada sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper). Sistem seumpama ini telah digunapakai secara meluas di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Brazil. Dalam sistem e-undi, terdapat beberapa kaedah mengundi secara elektronik termasuk mesin mengundi (mesin elektronik rekod terus DRE),Internet, telefon mudah alih, pembantu digital peribadi dan televisyen digital.

Ringkasnya boleh dirumuskan di sini bahawa sistem ini secara keseluruhannya menggunakan komputer yang dibina melalui perisian dan kerana ingin mengikut arus kemajuan semasa kononnya, sistem ini dijana sedemikan rupa dan akan dikuatkuasakan di dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa pada sesi kali ini.

Kenapa E-Voting Di BANTAH

Umum mengetahui bahawa sesuatu sistem akan tidak akan sempurna dan akan terdapat lompang-lompang yang disedari atau tidak dan mungkin juga direka-reka oleh pihak tertentu bagi memenangkan sesuatu kumpulan. Desakan demi desakan telah dibuat, maka itu tertubuhnya Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) bagi memberikan penerangan yang jelas kepada seluruh mahasiswa tentang kepincangan yang didapati jika sisitem E-Undi ini dilaksanakan secara total di peringkat Universiti.

Di sini, kita perlu kembali kepada sistem yang sedia ada dan memikirkan signifikan-signifikan yang perlu dan mengapa pihak Universiti beria-ria sangat untuk melaksanakan sistem ini sedangkan kita dapat melihat perbandingan yang amat ketara kerana di peringkat Piliharaya Umum Malaysia sendiri, tidak pernah dan tiada bunyi-bunyi yang mengatakan akan mengubah sistem memangkah di atas kertas undi kepada sistem E-Undi. Mana mungkin di peringkat Persekutuan yang mengadakan pilihanraya yang besar tiada langsung menjurus kepada sistem pengundian berkomputer tetapi di peringkatUniversiti, ini yang ingin mereka laksanakan kononnya sebagai suatu Transformasi dan sebagainya.

Kedua, saya juga melihat perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan jangan menunggu isu ini menjadi semakin ‘panas’ tanpa sebarang action daripada pihak KPT yang bertanggungjawab menyelesaikan segala permasalahan di peringkat Mahasiswa. Tetapi amat malang, sehingga kini, tiada sebarang jawapan daripada pihak Menteri Pengajian Tinggi berkenaan isu ini sedangkan memorundum bantahan dan soalan yang perlu Menteri jawab sudah seminggu dihantar.

“Saya mengingatkan pihak Kementerian khususnya Menteri dan Pentadbiran Universiti..Jangan bermain api berkenaan dengan isu Pilihanraya Kampus ini”

Jika hari ini Mahasiswa sudah menerima sistem yang sedia ada(sistem manual) dan ketelusannya sudah menyakinkan Mahasiswa tentang keadilan dan keberkesanan walaupun di sana terdapat tompok-tompok hitam yang mengaburi sepanjang sekian lama Demokrasi Kampus diadakan tetapi jangan sangka Mahasiswa tiada kuasa untuk merubah ketidakadilan dan kepincangan Demokrasi yang akan dirogol dan diliwat jika sistem E-Undi ini membangkitkan kemarahan mahasiswa dan sudah pasti mahasiswa tidak akan percaya lagi terhadapt pemilihan atau pilihanraya kampus yang akan diadakan dengan sistem yang pincang, tidak adil dan tidak telus ini.

Demokrasi yang adil dan saksama dituntut oleh seluruh Mahasiswa yang peka terhadap isu ini dari Universiti Malaya sehinggalah kepada Universiti di Sabah dan Sarawak untuk membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan sistem E-Undi yang dianggap sebagai bertanding di atas padang yang tidak sama rata!! Pihak Pentadbiran Universiti perlu memberi jaminan yang tepat dan telus mengenai keberkesanan sistem ini sebelum dipraktikkan di dalam Pilihanraya kali ini. Tidak perlu beralasankan memacu teknologi jika perlaksaan sistem ini menmbawa seribu macam persoalan tentang ketelusan dan keadilan buat Mahasiswa.

Mahasiswa juga tidak mahu pemimpin yang dipilih adalah Pemimpin Sistem atau Pemimpin Komputer tetapi pemimpin yang ingin dilahirkan adalah pemimpin yang menang dengan kredibiliti dan berdasarkan seratus peratus dipilih oleh Mahasiswa bukan dipilih oleh sistem atau komputer buatan manusia. Pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang menangnya tanpa diragui dan tidak dipengaruhi oleh tangan-tangan kotor yang memenangkannya. Saya ulang sekali lagi, jangan bermain api terhadap isu pilihanraya kampus ini!!

Oleh itu, saya mengatakan di sini bahawa perlaksanaan Sistem E-Undi ini TIDAK PERLU dilaksanakan di dalam Pemilihan Pimpinan baru atau Pilihanraya Kampus pada kali ini dan BANTAH menyarankan beberapa cadangan kepada Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Pentadbiran Universiti seperti berikut ;

  • Memohon untuk mengadakan satu jawatankuasa kajian khusus untuk Pilihan Raya Kampus bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan sistem ini. Perkara ini kerana, system ini merupakan percubaan kali pertama di Universiti Malaya dan ia sewajarnya dikaji secara telus dan adil untuk kepentingan di masa hadapan.
  • Calon dan ejen calon dibenarkan untuk berada di kawasan pembuangan undi dan melihat bagaimana sistem pengiraan undi dilakukan.
  • Memastikan wujudnya badan bebas atau NGO ( SUHAKAM,SPRM dan dll) untuk memantau,membuat penilaian dan audit terhadap sistem e-undi.
  • Memastikan sistem tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
  • Calon atau agen calon diberi taklimat khusus dan lebih terperinci tentang sistem yang akan digunakan,termasuklah bagaimana mengenal pasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian dijalankan. Jaminan tiada sebarang gangguan teknikal semasa proses pengundian dilaksanakan. (Cth : bekalan elektrik terputus, gangguan system wireless dll).
  • Perlunya “standard procedure” ditetapkan oleh organisasi tertentu yang ditubuhkan supaya tafsiran berkaitan e-undi dan perjalanan sistemnya adalah sama di seluruh kampus bagi mengelak daripada dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
  • Memohon untuk diadakan simulasi perjalanan e-undi, bermula daripada fasa pengundian sehingga ke fasa pengiraan undi.
  • Cadangan supaya pelaksanaan secara e-undi ditangguhkan jika persediaan terhadap pelaksanaan masih belum sempurna. Hal ini merujuk kepada sejarah Negara-negara yang menggunakan sistem ini, mereka beberapa kali melakukan pembaikan terhadap pelaksanaan e-undi dan hal ini melibatkan kos yang sangat tinggi.


Mohd Ridzuan Bin Othman

JURUCAKAP BANTAH

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi

0 comments:

Post a Comment

 
Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.